ENGLISH l CHINESE l MALAY

Simbolik


INTEC adalah pembekal perkhidmatan terjemahan profesional yang dipercayai di rantau ini. Slogan kami 'Terjemahkan Perniagaan Anda ke Peringkat Seterusnya' melambangkan komitmen kami dalam menyampaikan terjemahan setaraf kecemerlangan, memacu perniagaan pelanggan kami ke peringkat seterusnya - standard profesionalisme yang tinggi dan berkualiti.


Fungsi


Kami menyediakan lebih banyak perkhidmatan nilai tambah dan bersepadu untuk pelanggan kami. Bertindak sebagai pusat sehenti untuk para pelanggan, kami memenuhi keperluan linguistik mereka dalam semua aspek di bawah satu pusat, daripada mentafsir, menulis iklan, menterjemah, menyunting sehingga Penerbitan Atas Meja (DTP).

Kami mempunyai penterjemah, penulis, editor, pembaca pruf dan jurubahasa yang cekap dalam bahasa utama dunia untuk semua bidang pengkhususan. Lantaran itu, kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti pada harga yang kompetitif.


Pengalaman


Kami yakin dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan melalui perkhidmatan peribadi yang berkualiti dan pengurusan perhubungan pelanggan. Tambahan pula, dengan asas sumber yang cekap, kami yakin dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti kelas pertama pada harga yang kompetitif kepada pelanggan kami.