ENGLISH l CHINESE l MALAY

JAMINAN » Jaminan Kerahsiaan



Jaminan Kerahsiaan


Sulit & Persendirian

Kami memahami kepentingan keselamatan dan kerahsiaan. Di INTEC, anda tidak perlu bimbang kerana kerahsiaan adalah sentiasa dijamin. Kami memastikan bahawa kami tidak akan mendedahkan maklumat anda atau menghubungi pelanggan anda secara langsung.


Jaminan Pengurusan Projek


Perancangan dan Prosedur yang Teliti

Kami membuat persiapan rapi dan mengatur pasukan projek yang terbaik sebelum memulakan kerja. Semua projek diberikan kepada pengurus projek yang cekap, yang akan melantik dan menyusun ahli pasukan projek yang ideal dan memantau perkembangan tugasan sepanjang projek berjalan. Pengurus projek kami yang berdedikasi sentiasa memantau dan berhubung sesama ahli pasukan sehingga projek disiapkan.


Jaminan Kualiti


Kualiti Kelas Pertama

Kami mempunyai pasukan penterjemah, penulis, editor dan pembaca pruf yang kompeten untuk bahasa-bahasa utama dunia dalam semua bidang pengkhususan. Dengan ini, kami boleh menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Kami akan berkomunikasi dengan anda mengenai pilihan anda sebelum tugasan dimulakan untuk memenuhi keperluan anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berpuas hati dengan gaya penulisan kami, kami akan menyemak semula tanpa kos tambahan sehingga anda benar-benar berpuas hati. Proses penyuntingan berulang tidak akan dikenakan bayaran tambahan.


Jaminan Penghantaran


Penghantaran Tepat Pada Masa

Kami sentiasa menyelesaikan tugasan pada masa yang dijanjikan. Anda akan sentiasa menikmati ketenangan fikiran. Selain itu, kami berusaha untuk sentiasa memenuhi tarikh akhir yang ketat yang ditetapkan oleh pelanggan kami.